Kelab Malam Dibaling Bom Api, 18 Maut

KAHERAH, MESIR – Seramai 18 maut dalam serangan membabitkan bom api di sebuah kelab malam di Kaherah, Mesir.

 

Perbuatan itu dilakukan oleh bekas pekerja kelab berkenaan yang terletak di kawasan Agouza yang dikatakan bertindak demikian selepas dibuang kerja lapor, Al Jazeera

 

Sebahagian mangsa dilaporkan terbunuh kerana terbakar manakala selebihnya sesak nafas akibat lemas asap.

 

Sekurang-kurangnya lima yang lain dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan.

 

Menurut pihak berkuasa, kelab malam yang turut menempatkan restoran terletak di bahagian bawah bangunan tidak mempunyai laluan keluar kecemasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.