Johor Selaras Semua Sukan Di Bawah Jenama JDT

KUALA LUMPUR – Satu penjenamaan JDT akan diselaraskan bagi semua sukan di negeri Johor, dimana langkah itu akan memberikan wajah baru bagi sukan di negeri itu.

 

Sebagai permulaan, Persatuan Tinju Johor diberikan suntikan dan kini dikenali sebagai Johor Darul Ta’zim Boxing Team yang menggunakan logo sama seperti JDT.

 

Bagi tujuan itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah berkenan menjadi Penaung Diraja bagi persatuan berkenaan.

 

“Selain menggunakan logo yang sama dengan pasukan JDT. Baginda berhasrat mencontohi modul di Eropah, seperti Barcelona, di mana pelbagai sukan diselaraskan di bawah satu jenama. Dari masa ke semasa,” memetik kenyataan JDT di laman Facebook Johor Southern Tigers.

 

Katanya, usaha itu adalah sebahagian daripada langkah untuk memartabatkan sukan-sukan lain di Johor demi masa depan yang lebih cemerlang dalam arena sukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.