Hashtag #KimK Popular, Fazura Jadi Mangsa Entri Wikipedia

Hashtag #KimK dan jenaka Kimk menjadi popular berikutan salah faham selebriti tanah air Nur Fazura Sharifuddin dengan seorang pelayar Instagram menggunakan perkataan ‘kimK’.

 

Malah, video Kim Kardshian yang telah diubah dengan menggunakan perkataan tersebut juga menjadi viral di media sosial.

 

Tidak cukup dengan itu, entri Wikipedia berkenaan Fazura juga menjadi mangsa ‘cyber vandalism’ apabila terdapat pihak mengubah maklumat mengenai pelakon tersebut.

 

2 Disember lalu, salah faham terjadi diantara Fazura dan pelayar laman Instagram terbabit selepas penggunaan kata ‘Kimk’ yang disalaherti dengan perkataan carutan.

 

Salah faham tersebut menjadi viral di laman sosial yang mendesak pelakon tersebut meminta maaf secara terbuka.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.