Doktor Dihukum Sebarkan HIV

PHNOM PENH, KEMBOJA – Selepas didapati menjangkiti lebih 200 orang dengan jangkitan HIV termasuk menyebabkan kematian di antara mereka, seorang doktor tidak berlesen di Kemboja, dijatuhi hukuman penjara 25 tahun.

 

Peguam Em Sovann berkata, Yem Chroeum, 55, berkata, pada awalnya doktor tersebut berdepan hukuman penjara seumur hidup, namun tuduhan membunuh itu dikurangkan pihak mahkamah setelah meminda pertuduhan kepada membunuh tanpa niat, lapor AFP.

 

Difahamkan, doktor luar bandar itu menjangkiti penduduk Kampung Roka di wilayah barat Battambang dengan menggunakan semula jarum yang kotor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.