Britain Bedil Syria

LONDON – BRITAIN. Jet pengebom Tornado Britain telah melancarkan serangan udara pertama di Syria, hanya beberapa jam selepas Parlimen meluluskan usul membolehkan mereka membedil kumpulan militan IS.

 

Menurut sumber kerajaan semalam serangan itu telah dibuat ke atas Syria dan jet Tornado telah kembali ke pangkalan udara di Cyprus dengan selamat, seperti dilapor AFP.

 

Rabu lalu, Parlimen Britain berbahas selama 10 jam bagi membincangkan usul serangan udara terhadap kedudukan IS di Syria.

 

Seramai 323 ahli Parlimen menyokong, manakala 223 menentang usul berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.