VIDEO: Polis Bantuan Bergaduh Dengan Pemandu Teksi

Kuala Lumpiur – Satu rakaman video yang menunjukkan dua anggota polis bantuan dan seorang pemandu teksi bergaduh, tersebar luas di laman sosial Facebook.

Video selama satu minit dua saat itu dipercayai dirakamkan sewaktu kejadian itu dipercayai berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar, di Johor Bahru.

Difahamkan, video itu mula tersebar, selepas dimuat naik ke laman sosial Facebook dan dalam tempoh satu jam, ia sudah dikongsi hampir 626 pengguna laman sosial tersebut.

Berdasarkan penelitian kedua-dua anggota polis itu dilihat menumbuk dan kemudiannya menendang pemandu teksi berkenaan.

Pergaduhan itu akhirnya dileraikan seorang anggota polis trafik yang tiba di lokasi kejadian bersama seorang pemandu teksi lain.

Maklum balas daripada orang awam ternyata kurang senang dengan kejadian itu, sehingga ada di antara mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kedua-dua anggota polis berkenaan.

Daeng Jonet berpendapat: “Apa pun kesalahan taxi driver…tak kan lah sampai bertumbok…awak pakai uniform…malu lah!!!!!!

Manakala Jay Chen Well pula berkata: “Whatever it is, policemen or civil servant to keep peace and not fight in the public. Shame sial.” (Apa pun yang berlaku, anggota polis atau penjawat awam bertanggungjawab menjaga keamanan dan bukannya bergaduh di khalayak ramai. Memalukan)

Sementara itu, Rahidah Angin pula berkata: “Need to know both side of the story, cannot blaming one side.” (perlu tahu cerita kedua-dua belah pihak, tidak boleh salahkan satu pihak saja).

3 thoughts on “VIDEO: Polis Bantuan Bergaduh Dengan Pemandu Teksi

  • December 4, 2014 at 4:26 pm
    Permalink

    Suara tv sila selidik dahulu betul2 tulis berita.yg terlibat tu polis bantuan bukan pegawai kastam.xkenal uniform ke?

    Reply
  • December 4, 2014 at 4:38 pm
    Permalink

    Admin sila betulkan kebodohan tu….sebelum jkdm saman u balik….itu video pergaduhan antara polis bantuan dan pemandu teksi…..duduk malaysia dah lama…tapi kastam dengan polis bantuan pun tak reti nak bezakan…..admin rakyat asing ker?

    Reply
  • December 4, 2014 at 5:04 pm
    Permalink

    Assalamualaikum..

    Mohon editor pastikan semula fakta.. pegawai beruniform yg bergaduh tu bkn pegawai kastam.. tp PEGAWAI POLIS..

    uniform tu bkn warna uniform pegawai kastam..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.