Perancis Iktiraf Negara Palestin

Perancis – Penggubal undang-undang Perancis mengundi dalam satu resolusi di mana mereka menyeru supaya kerajaan Perancis mengiktiraf negara Palestin.

Resolusi tersebut mendapat sokongan 339 undi, dan dibangkang 151 daripada parti Sosialis.

Dewan Senat Perancis akan membuat undian bagi resolusi yang sama pada 11hb Disember nanti.

Menteri Luar Negara Perancis, Laurent Fabius berkata Perancis akan mengiktiraf Palestin jika usaha perdamaian gagal.

“Jika peringkat akhir rundingan ini tidak berjaya, Perancis akan berasa bertanggungjawab untuk mengiktiraf negara Palestin.

“Pengiktirafan oleh Perancis ini, bukanlah pertolongan, tetapi ia adalah hak mereka.

“Perancis adalah sahabat kepada warga (negara haram) Israel dan Palestin. Perancis akan mengiktiraf Palestin. Persoalannya adalah bila dan bagaimana?

Hal ini disebabkan pengiktirafan ini adalah perlu dan berguna bagi penyelesaian akhir terhadap konflik yang telah lama berlaku ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.