Pekerja Tapak Pembinaan Gempar Jumpa Bom

Kota Bharu – Pekerja di sebuah tapak pembinaan sekolah agama di Jalan Pasir Mas-Salor gempar selepas menemui sebutir bom di sini petang tadi.

Penyelia tapak projek pembinaan, Abdul Hamid Mamat, 46 berkata, dia menyedari kehadiran objek berkenaan yang mencurigakan selepas kerja-kerja meratakan tanah di kawasan terbabit kira-kira jam 1 petang.

“Lebih 10 pekerja menyaksikan kejadian itu, dan terus menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

“Lagipun keadaan bahan yang ditemui agak pelik dan mempunyai wayar, disebabkan curiga dengan keadaan objek itu kami tinggalkan tapak berkenaan untuk diperiksa pihak berkuasa,” katanya.

Bagaimanapun, bom berkenaan telah diletupkan oleh Unit Pemusnah Bom Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sebentar tadi. – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.