Pasangan Bergaduh Di Internet Dapat ‘Durian Runtuh’ Daripada Zalora

Kuala Lumpur – Pergaduhan sepasang suami isteri di laman sosial Facebook Zalora membuahkan hasil, apabila pasangan itu mendapat durian runtuh daripada pihak pengurusan Zalora.

Pergaduhan itu mungkin telah mencuit hati pihak pengurusan syarikat tersebut, yang seterusnya menyebabkan Zalora memutuskan untuk menghadiahkan bekalan baju selama setahun.

Radzi Ali sebelum ini pernah menulis status untuk menghalang isterinya, Nuzaimah daripada melayari laman sesawang syarikat fesyen atas talian itu, sebelum pergaduhan mereka menjadi viral di laman sosial berkenaan.

Radzi memuat naik statusnya “Hai Zalora, kalau ada ternampak isteri saya shopping kat sini jangan layan ye. Pura-puralah kata server down ke, komputer rosak ke. Pandai-pandailah bagi alasan ye. By the way, nama isteri saya Nuzaimah. Ingat tau.”

Pihak pengurusan Zalora seterusnya membalas status itu dengan menyatakan “maaf, kami tidak dapat mengesan setiap pelanggan kami yang melayari web kami.”

“Dengan itu, web kami sentiasa berjalan lancar dan kami tidak dapat berpura-pura untuk mengatakan server down. Jika anda mahu menjimatkan wang anda, anda juga boleh mendaftar newsletter kami untuk mendapatkan baucar dan maklumat terkini mengenai sale atau diskaun kami.”

Menurut Nuzaimah, dia kuat membeli-belah di Zalora, kerana sedang hamil dan susah pergi ke pasar raya.

Dia bagaimanapun tidak menyangkakan pihak pengurusan Zalora akan menghadiahkan pelbagai barangan kepadanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.