Najib Saman Rafizi Berhubung Kenyataan Fitnah Mengenai Subsidi Minyak

Kuala Lumpur – Ekoran kenyataan fitnah berhubung isu subsidi minyak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini mengemukakan saman terhadap Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Perkara itu disahkan oleh ahli Parlimen Pandan itu yang mengakui telah menerima surat‎ memohon penjelasan daripada firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Najib hari ini.

“Saya sudah menjangkakan bahawa Datuk Seri Najib Razak akan mengambil tindakan saman terhadap saya selepas rakan saya YB Tony Pua menerima surat yang sama minggu lepas.

“Saya percaya ia ada kena mengena dengan kritikan berterusan kami mengenai 1MDB,” katanya.

Sebuah portal berita pada 21 Nov lalu melaporkan, Najib menghantar surat tuntutan kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ekoran kenyataan yang dibuat terhadapnya pada 3 Nov mengenai 1MDB.

Dalam surat yang ditandatangani peguamnya Datuk Mohd Hafarizan Harun, Tony diminta menyiarkan penarikan balik kenyataan itu dan memohon maaf dalam masa 14 hari dalam dua akhbar nasional atau menghadapi tindakan saman ekoran ucapannya yang dirakamkan pada 3 Nov bertajuk “Tony Pua: Najib is creating the biggest scandal ever in the history of Malaysia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.