Lima Kanak-Kanak Maut Dalam Nahas Pesawat Di Colombia

Bogota – Lima kanak-kanak adalah antara 10 orang terbunuh semalam apabila pesawat kecil terhempas di tengah Colombia selepas ia mengalami masalah teknikal.

Timbalan Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Colombia, Kolonel Carlos Roche, juruterbang pesawat itu meminta untuk melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang Mariquita tetapi pesawat terbabit tidak berdaya terbang sejauh itu.

“Malangnya, ia tidak sempat mendarat dan terhempas kira-kira 13 kilometer dari lapangan terbang, mengorbankan dua juruterbang dan lapan penumpang,” katanya.

Pihak berkuasa penerbangan itu menambah, antara mangsanya termasuk lima kanak-kanak.

Semua penumpang dan anggota kru di dalam pesawat ‘Piper PA-31 Navajo’ itu adalah rakyat Colombia.

Pihak penyiasat berada di tempat kejadian dan pasukan penyelamat sudah pun menemui mayat mangsa yang rentung. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.