Dua Pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Maut Nahas

Kubang Pasu – Dua pelajar perempuan Politeknik Sultan Abdul Halim di sini meninggal dunia dalam kemalangan melibatkan kereta Perodua Kancil dinaiki mereka dan sebuah motosikal di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMKTATAR) Jalan Tok Jalai di sini kira-kira pukul 5 petang ini.

Naemah Kamal dan Noor Shuhada Abdul Kadir, kedua-duanya berusia 19 tahun maut di tempat kejadian setelah tercampak keluar dari kereta Perodua Kancil dinaiki seramai lima orang.

Difahamkan empat yang lain termasuk pemandu kereta berkenaan serta penunggang motosikal terlibat mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Jitra bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.