Wakil Rakyat Jual Buku

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Sungai Panjang, Yang Berhormat Budiman Mohd Zohdi melakukan suatu kelainan dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini apabila membuka gerai menjual buku beliau yang berjudul “Menggilap Pemidato Hebat”.

Ada juga yang membuat jenaka nakal mengatakan inilah nasib wakil rakyat BN yang menjadi pembangkang di Selangor. Ada juga yang mencuit YB baru ini sebagai punca Khalid Ibrahim menaikkan gaji wakil rakyat.

Namun cerita sebenarnya ialah Budiman seorang yang suka mencari pengalaman baru dan juga rakan baru. Bagi beliau menjual sendiri bukunya di gerai semasa perhimpunan seperti ini memberi peluang beliau meluaskan jaringan sahabat.

Buku ini memberi tips dan kaedah membentuk seorang ahli politik menguasai khalayak dan menjadi pemidato yang dikagumi.

20131204_161009

Mereka yang berminat mendapatkan buku ini atau berbual dengan penulisnya, bolehlah mengunjungi gerai beliau di Tingkat 3, Pusata Dagangan Dunia Putra (PWTC).

20131204_160750

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.