Konflik Syria: Bashar bertanggungjawab

NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Bukti kukuh yang diperoleh pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan rejim Presiden Bashar al-Assad melakukan jenayah perang.

Kelmarin, Ketua Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay mendakwa Bashar dan beberapa pegawai kanan kerajaan turut bertanggungjawab dalam konflik di Syria.

“Wakil kami berjaya mengumpulkan senarai nama suspek yang menjadi dalang mencetuskan perang saudara di negara tersebut. Kesemua mereka bakal didakwa atas pelbagai pertuduhan termasuk melakukan pembunuhan beramai-ramai,” jelasnya lagi yang dipetik AFP

Difahamkan, maklumat tersebut diperoleh hasil daripada siasatan yang diketuai oleh pakar dari Brazil, Paulo Pinheiro.

Dalam perkembangan lain, seorang pengebom berani mati bertindak meletupkan dirinya di Damsyik dan turut menyebabkan sekurang-kurangnya empat maut manakala 17 lagi cedera.

Stesen televisyen tempatan melaporkan lelaki tersebut memakai tali pinggang yang dipasang dengan bahan letupan.

Sementara itu, aktivis  mendakwa pengebom tersebut dipercayai menyasarkan bangunan kerajaan di ibu negara. – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.