Lelaki Cuba Bunuh Diri Dengan Kerat Tangan Sendiri

BATU GAJAH – Seorang lelaki cedera akibat cubaan membunuh diri dengan mengerat tangannya sendiri di rumahnya, di Laluan Pusing Saujana, di sini, hari ini.

Mangsa, berumur dalam lingkungan 46 tahun, berjaya diselamatkan anggota bomba yang menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 5.52 pagi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, dengan bantuan dari Pasir Puteh, bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati terdapat seorang mangsa berbangsa Cina dalam cubaan untuk membunuh diri dengan mengerat tangannya dengan pisau di dalam rumah.

“Bagaimanapun, anggota bomba yang ada di lokasi berjaya memujuk mangsa dan membawanya ke hospital untuk tindakan rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Azmil Kamaluddin itu tamat pada pukul 7.03 pagi.

Lain-lain berita

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.