Pengecualian Bayaran PTPTN Pelajar Cemerlang Antara Perkara Yang Hilang Dari Belanjawan 2019

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) membentangkan belanjawan negara pertama yang dipimpin oleh kerajaannya selepas beberapa tahun merangka ‘belanjawan alternatif’ sendiri.

Memandangkan PH sudah diberikan mandat menjadi kerajaan, mendapatkan perkara yang diinginkan mereka harus menjadi satu perjanjian yang boleh dilakukan, bukan?

Malangnya, belanjawan tersebut terlepas beberapa peluang untuk melaksanakan cadangan yang pernah disenaraikan dalam bajet alternatifnya sendiri pada 2018.

Ini termasuk menyediakan pendidikan tinggi percuma dan meningkatkan cuti bersalin dari 90 hari kepada 120 hari dengan bayaran gaji penuh.

Dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Parlimen pada Jumaat, beliau tidak ada menyebutkan tentang kedua-dua cadangan itu.

Bagaimanapun, belanjawan tersebut memenuhi janji untuk menyusun semula skim pembayaran bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam bajet alternatif 2018 yang dicadangkan mereka ketika kerajaan Barisan Nasional memerintah, PH berkata bahawa graduan baharu yang berpendapatan bawah RM4,000 sebulan tidak perlu membayar faedah atas pinjaman mereka sehingga mereka meraih pendapatan lebih tinggi.

Namun, dalam Belanjawan 2019, Guan Eng mengumumkan tentang pengenalan jadual pembayaran pinjaman progresif antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam berdasarkan tahap pendapatan mereka.

Beliau juga berkata, diskaun pinjaman itu akan diberikan kepada pelajar dari isi rumah B40 yang berjaya mendapat kelas pertama dalam pengajian mereka.

Sebelum ini, semua peminjam yang memperoleh keputusan kelas pertama diberikan pengecualian bayaran balik PTPTN sejak dilaksanakan pada 2003,

Sementara itu, baki hutang peminjam PTPTN yang berumur 60 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM4,000 akan dihapus kira. – The Star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.