Pakatan Harapan Jangan Jadi Barua ICERD – PAS

KUALA LUMPUR – UMNO dan Pas hari ini bekerjasama untuk menjayakan Himpunan Bantahan pengiktirafan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu kota.

Antara yang hadir adalah Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Ashraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Ashraf ketika menyampaikan ucapannya berkata tindakan kerajaan Pakatan mahu meratifikasikan ICERD boleh dipertikaikan oleh kerana gabungan itu ditaja oleh kuasa asing sejak menjadi parti pembangkang.

“Bunyinya cantik indah seolah-olah kalau kita tentang kita rasis, kita menentang ada udang di sebalik batu.

“Dulu kerajaan Pakatan Harapan sejak jadi pembangkang dimonopoli orang yang mempunyai agenda untuk mencabut, merobek kekuatan negara ini,” katanya.

Dalam pada itu Muhammad Khalil pula menempelak Pakatan Harapan agar tidak menjadi ‘barua’ kepada tangan ghaib di sebalik ICERD.

“Dlam tidak ada hujan dan ribut, sedangkan keutamaan yang patut diberikan dalam negara kita ialah isu kos sara hidup yang tinggi yang dijanjikan kerajaan PH tetapi tiba-tiba tidak ditunaikan walaupun iannya termasuk dalam manifesto PH tiba-tiba mahu tunaikan.

“Pemimpin Pakatan Harapan jangan jadi barua ICERD,”ujarnya.

Tambah beliau, keharmonian negara dan rakyatnya yang berbilang kaum pada masa ini terbukti tidak memerlukan untuk tindakan ratifikasi ICERD. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.