Negara Hilang Hasil RM50 Bilion Selepas Hapuskan GST, Itu Isu Sebenarnya – Najib

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak menggunakan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk melupuskan hutang syarikat kontroversi itu.

Beliau berkata jelas PH hanya menyalahkan Barisan Nasional (BN) dan 1MDB hingga terlupa aset syarikat kontroversi itu sebenarnya boleh menyelamatkan beban hutang yang dihadapi.

“1MDB banyak aset, kalau kita gunakan aset itu dengan harga sebaiknya, hutang 1MDB boleh dilupuskan.
“Kalau bayaran perjanjian dengan IPIC diteruskan, setiap ringgit kita atau yang dituntut 1MDB boleh diambil semula,” katanya kepada media di lobi Parlimen, kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng kelmarin.

Tambahnya lagi, kerajaan PH sebenarnya cuba mengalihkan isu menyalahkan bebanan hutang 1MDB.

Walhal sebenarnya kata beliau, negara terbeban dengan kewangan negara kerana tindakan PH menghapuskan pelaksanaan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau berkata negara kehilangan hasil sebanyak RM50 bilion disebabkan penghapusan GST dan cukai yang tidak dikenakan selama tiga bulan.

“Kemudian SST (cukai jualan dan perkhidmatan) cuma dapat RM5 bilion sahaja tahun ini, jadi sudah ada kelompongan sebanyak RM50 bilion.

“Ini sebenarnya yang menghantui Menteri Kewangan. Pokoknya ialah kelompongan sebanyak RM50 bilion itu dan ini menyebabkan dia terpaksa mengalih isu ini kepada 1MDB dan BN,” tambahnya. – Awani

2 thoughts on “Negara Hilang Hasil RM50 Bilion Selepas Hapuskan GST, Itu Isu Sebenarnya – Najib

  • November 4, 2018 at 8:35 pm
    Permalink

    Negara hilang duit sbb kau rompak curi samun??? Patut dia dn kuncu2 ditangkap tnpa bicara sbb makin benci muak mual muntah nk tegang benang basah?? Nk salah org lain?? Tk ngaku dia yg rompak duit?? Tangkap bini luncu2 korupsi ni?? Lgi ckp byk makin dibenci dikutuk..dimaki dicerca?? Masih tk nk sedar diri awak yg jahat penyangak penyamun pencuri pembohong pengkhianat pd dymm agong negara rakyat semua!! Berapa lama tk ngaku 50tahun ??nk lawan undang2 dunia..ke undang2 akhirat..!! Perosak perasuah pembelot … tk layak ckp apa2 pun sbb awak jahat rakus kejam zalim..!!

    Reply
  • November 4, 2018 at 8:40 pm
    Permalink

    Kau org yg tk layak di kenang??
    Penyamun ..nyah pinggir korupsi2 semua..!! Harus tangkap tnpa bicara sbb nk cakap komen mcm tk salah?? Tk malu kah? Tk de maruah kah? Sedarlah diri awak tu ..hnya tnggu hukuman yg seberat2 nya!!!! Poorah tk malu weh??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.