Mari Berdialog Isu Ketuanan Melayu, Asyraf Cabar Syed Saddiq

KUALA LUMPUR: Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mencabar ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk berdialog kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan mengatakan Ketuanan Melayu sudah berakhir.

Ketua Pemuda Umno berkata cabarannya bukan untuk menunjukkan siapa yang hebat atau kuat tetapi mahu mencari titik persamaan mengenai Melayu dan Islam.

“Saya ajak dia berdialog, dia tolak. Saya nak ajak sekali lagi Syed Saddiq untuk berdialog, mari berdialog dengan saya.

“Kita tahu dia pendebat terbaik dunia tetapi kita nak cari kebenaran mencari titik pertemuan bahawa tidak selamanya isu Islam dan hak Bumiputrra senang-senang diperkotak katikkan,” katanya semasa berucap di himpunan bantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk DIskriminasi Kaum (ICERD) di Jalan Tunku Abdul Rahman hari ini.

“Jangan ikut puak-puak DAP. Kita tidak pernah cakap Melayu lebih mulia. Sebab itu DAP guna menteri Melayu,” katanya.

Pada 28 Oktober lalu, Syed Saddiq dilapor berkata zaman Ketuanan Melayu telah berakhir selain Malaysia bergerak ke arah fasa baharu yang memperjuangkan kesaksamaan. Beliau juga dilapor berkata perkara tersebut turut menjadi agenda yang akan diperjuangkan PPBM.

Video ahli Parlimen Muar itu turut menjadi tular di media sosial dan menjadi perbincangan orang ramai.

Bagaimanapun, sehari selepas itu, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pandangan Syed Saddiq mengenai Ketuanan Melayu sudah berakhir disalah tafsir seolah-olah PPBM tidak memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

Muhyiddin berkata PPBM wujud atas dasar memperjuangkan nasib orang Melayu selaras dengan perkara-perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. – FMT

3 thoughts on “Mari Berdialog Isu Ketuanan Melayu, Asyraf Cabar Syed Saddiq

  • November 4, 2018 at 8:44 pm
    Permalink

    Ni masa pulih ekonomi la ngok?? Nk dialog dapat duit ke?
    Bodoh!! Sama mcm spesis korupsi je!! Sibuk fasal ketuanan..? Ambil lah kalau nk sangat??

    Reply
  • November 4, 2018 at 8:48 pm
    Permalink

    Biul bangang tongong?? Nk cabar konon..simpan jer ?? Sama mcm ketua kau juga!! PH terbaik.. dari parti korup????

    Reply
  • November 4, 2018 at 8:52 pm
    Permalink

    Bila 1mdb habis bicara?? Berapa lama mau tnggu?? Bukti ada??
    Nfc..felda..felcra..byk lagi akan didakwa….ramai lagi weh?? Jgn lengah2 lagi..?? Tabung haji.. kondo2 kl…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.