BN Kalah Sebab Ketua Pemuda UMNO Bodoh, Kata Lokman Adam

SHAH ALAM – Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Nor Adam menyindir Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin susulan kenyataan mantan Ketua Pemuda UMNO itu yang mendakwa punca kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah disebabkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Lokman berkata, kekalahan UMNO juga disebabkan parti itu mempunyai seorang Ketua Pemuda yang bodoh kerana langsung tidak membantu memberi penerangan kepada rakyat untuk memahami isu tersebut.

“Apa nak buat, ketika itu Datuk Seri Najib Razak mempunyai Ketua Pemuda yang bodoh yang langsung tidak cuba mengkaji  tentang 1MDB dan menjelaskannya kepada rakyat. Dia hanya tahu untuk memilih warna stoking yang sesuai,” tulis Lokman di Twitter, membalas kenyataan Khairy.

“Apa guna pergi (belajar) di Oxford tak cuba memahami dan bantu jelaskan,” tulisnya lagi di tweet yang berasingan.

Khairy sebelum itu menulis di Twitter bagi menyanggah kenyataan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan punca kekalahan UMNO-BN pada PRU14 yang lalu adalah disebabkan fitnah dan janji palsu Pakatan Harapan (PH) sehingga rakyat terpedaya.

Tulis Khairy:

“We lost because of 1MDB. The End” (Kita kalah sebab 1MDB. Sekian.)

Tweet tersebut turut menerima maklum balas netizen yang rata-ratanya menyokong kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan itu. -SuaraTv

6 thoughts on “BN Kalah Sebab Ketua Pemuda UMNO Bodoh, Kata Lokman Adam

  • November 4, 2018 at 11:19 am
    Permalink

    Presiden lgi bodoh bangang tongong rasuah?? Korang semua yg sokong pun bahlul??? Korup korup korup lgi sokong? Tk ke tolol stupid?, usah ckp byk lah da bungkus duk diam?, PH pilihan rakyat!!! Bodoh bodoh bodoh sokong lah lagi wehh!!!

    Reply
  • November 4, 2018 at 11:23 am
    Permalink

    Ramai lagi senarai menunggu didakwa wehh!! Korup pecah amanah ….. insyallah sama2 kita semua doa dn lihat betapa rakus zalim kejam khianat mereka2 ini yg angkuh bongkak takbur tak ngaku korupsi…nk lawan undang2 dunia ke?? Undang2 akhirat?? Jawablah..ngok!!

    Reply
  • November 4, 2018 at 11:25 am
    Permalink

    Felda..nfc lembu..felcra..1mdb.. kondo2.. huh byk wehh…!!!! Altantuya… korupsi…… ada byk lagi… tunggu.. jgn lak lari tau??

    Reply
  • November 4, 2018 at 11:27 am
    Permalink

    Tabung haji… dlm rumah jutaan ringgit ..duit gaji ke tu..?? Ohh duit kumpul dari kecil2 dulu ya?? Sikit sangat lah?? 2.6 billion msk akaun bolih tk tau?, ehh bodoh nya sangat2…

    Reply
  • November 4, 2018 at 11:29 am
    Permalink

    Mudah2an dimakbul allah swt sapa betul sapa salah?? Srmoga terbukti apa yg didakwa???,
    Sama2 kita tunggu ya!! Tk cukup tanah nk lari…??

    Reply
  • November 4, 2018 at 11:33 am
    Permalink

    Mual muntah muak menyampah tgk muka korang yg tk malu2…org salah pun korang tk kenal?? Khianat pd dymm agong negara rakyat semua?? Nama muka agama islam..korup pun lagi kuat no 1..
    Masih nk sokong? Bengap bahlul…patut lah bungkus teruk?? PH terbaik!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.