Video: Najib Bidas Bekas Pemimpin Negara Ajar Politik Biadap

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan terikut dengan permainan politik tidak bermoral dan biadap oleh seorang bekas pemimpin negara.

Sebagai perdana menteri, Najib berkata beliau perlu menjaga dan membawa politik bermoral, mempunyai tata susila dan bersopan santun.

“Banyak kesilapan dia (bekas pemimpin), tapi dia tak jawab.. .bila tanya tahu´, (dia) jawab tak tahu bila tanya ingat?´ (dia) jawab tak ingat.

“Dia marah semua orang…marah Bugis lah… Bugis dah la pejuang…jangan suruh saya balik…saya pun tak suruh dia balik sebab saya tak mahu berada di tahap serendah itu seperti dia,” katanya ketika merasmikan penutupan Konvensyen Media Sosial UMNO peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Najib tidak menamakan pemimpin itu, tetapi adalah jelas beliau merujuk kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO Datuk Ahmad Maslan dan Bendahari Agung UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Najib yang juga presiden UMNO berkata tidak ada salahnya jika berbeza pendapat namun jangan memburukkan peribadi seseorang kerana ia bukan cara politik Malaysia´.

“Kita tak pukul´ (kritik) cara kasar, sebab tu kita jangan ajar rakyat Malaysia politik sebegini kita ni pemimpin, orang tua, kena tunjuk teladan “.

Sementara itu, perdana menteri berkata terlalu banyak berita palsu dan tuduhan tidak berasas menular di media sosial yang mahu menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin negara.

“(Contohnya) saya tak bagi duit pada PAS (seperti dakwaan (pengasas dan editor Sarawak Report) Clare Rewcastle Brown), sebab tu PAS saman Sarawak Report… Clare pun dah menggelabah, tapi saya tak boleh komen kerana ia kes mahkamah, ” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.