PAS Junjung Titah Sultan Selangor Ambil Tindakan Terhadap Mahathir

KUALA LUMPUR – Selangor menjunjung kasih titah Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah berhubung ucapan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang menghina dan memperlekeh bangsa Bugis.

Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi berkata, Pas berharap ahli, penyokong serta pemimpin parti itu mengamalkan budaya politik matang dan sederhana.

“Kita harus menjauhi amalan politik perkauman dan benci membenci,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini kelmarin.

Kelmarin, Ahli-Ahli Dewan Diraja Selangor menjunjung titah Tuanku Sultan agar satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa jua undang-undang berkaitan, wajar diambil ke atas Dr. Mahathir berikutan kenyataan menghina bangsa Bugis.

Gesaan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais setelah menjunjung segala titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.

Menurut Sallehen, keburukan perilaku atau perkara yang tidak baik seseorang seharusnya tidak disandarkan kepada kaum atau keturunan.

Sementelah, katanya, bangsa Bugis adalah sebahagian salasilah keturunan keluarga Diraja Selangor dan sejarah telah merakamkan kepahlawanan serta kehebatan bangsa itu yang menjadi kebanggaan rakyat negeri khususnya. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.