Misteri ‘Ruang Kosong’ Sebesar Pesawat

PARIS, PERANCIS – Ruang kosong sebesar pesawat penumpang telah ditemui di tengah Piramid Agung Giza di Mesir, yang mana ia menyimpan rahsia tidak pernah diteroka selama 4,500 tahun.

Menurut Agensi, penemuan ruang digelar Big Void itu adalah salah satu daripada empat bilik, di samping kamar raja dan ratu serta Great Gallery yang diketahui wujud dalam monumen gergasi yang dibina di bawah Khufu Firaun, lapor MD.

“Ia sangat besar. Saiz ruang tersebut berukuran seperti pesawat dengan 200 tempat duduk,” kata penyelidik bersama projek ScanPyramids, Mehdi Tayoubi yang meneroka piramid Khufu sejak Oktober 2015 dengan teknologi yang tidak invasif menggunakan imbasan zarah subatomik.

Jelasnya, terdapat banyak teori tentang kewujudan ruang rahsia dalam piramid tersebut, namun mereka tidak menjangkakan ia berukuran sebesar itu.

Difahamkan, para firaun Mesir purba membina piramid untuk menjadi makam mereka yang turut menyimpan pelbagai harta termasuk makanan untuk kehidupan selepas mati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.