Kedah Cuti Esok, Pemain Dapat RM50,000 Jika Menang Piala Malaysia

SHAH ALAM ― Pemain Kedah dijanjikan RM50,000 seorang sekiranya mereka menjulang Piala Malaysia ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini.

Ia dijanjikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah, yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), bagi menghargai perjuangan skuad Lang Merah.

Kedah akan bertemu JDT pada aksi final di Stadium Shah Alam malam ini.

“Selain imbuhan kewangan, KFA turut akan membawa pasukan Kedah untuk bermain di perlawanan persahabatan menentang kelab luar negara sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pengalaman dan kemahiran pemain,” katanya pada sidang media pada majlis makan tengah hari bersama pemain dan pegawai pasukan Kedah di sini.

Jika menang, Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri akan turut mengumumkan esok sebagai cuti peristiwa. ― Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.