Disyaki Curi TV, Lelaki Ditambat Di Tiang Masjid

KOTA BHARU ― Seorang lelaki yang disyaki mencuri TV di sebuah masjid Mukim Paya Bemban di sini dirantai selepas dicekup penduduk kampung.

Tangan lelaki itu ditambat pada tiang depan Masjid Al-Qudus di sini selama 30 minit semalam sebelum diserah kepada polis, lapor Metro.

Melalui rakaman CCTV, pemuda 22 tahun itu disyaki mencuri televisyen skrin leper masjid itu yang bersaiz 48 inci dalam kejadian 26 Oktober lalu.

“Saya dimaklumkan orang kampung berbuat demikian [ikat pada tiang] sebagai pengajaran kepada lelaki itu,” kata imam masjid Ahmad Tarmizi Abdu Rauf.

Kira-kira 1 tengah hari, polis tiba dan terus menahannya, tambahnya, yang membuat laporan polis selepas kejadian itu berlaku.

Penduduk kampung mengenali suspek itu, yang juga penduduk di kawasan itu, dan mereka pernah beberapa kali ke rumahnya tetapi menyembunyikan diri.

Polis daerah Kota Baru mereman lelaki itu bermula hari ini dan menyiasat mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.