Dikesan Kebas Pagar, Pemuda Sembunyi Atas Pokok

KULAI ― Seorang lelaki ditahan Unit Ronda Bermotosikal (URB) polis di sini selepas cubaannya mencuri pintu pagar besi gagal semalam.

Pemuda itu, 25 tahun, dicekup ketika sedang membawa pintu pagar apabila disedari unit URB di Bandar Putra Kulai pada jam 7.15 pagi.

Ketua polis daerah Kulai berkata suspek mencampakkan pintu pagar tersebut lalu melarikan diri ke sebuah stesen minyak di situ, lapor Kosmo!.

“Anggota URB mengejar dan berjaya mengesan suspek bersembunyi di atas pokok mempelam berhampiran stesen minyak terbabit,” kata Supt Razak Md Said, lapor Bernama.

“Menyedari dirinya dapat dikesan, suspek telah terjun dari pokok dan berlari menuju ke arad IOI Mall sebelum dia berjaya diberkas di kawasan semak berhampiran.”

Suspek, yang positif syabu, disiasat bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. Polis sedang mengenal pasti lokasi pintu pagar itu diambil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.