Amuk, Pemandu Lori Rempuh Rumah

DUNGUN ― Seorang lelaki mengamuk dengan merempuh rumah dan kereta milik sebuah keluarga dengan lorinya di Rumah Murah Nibong di sini malam tadi.

Suspek itu, 40 tahun, turut menceroboh dan merosakkan barangan dalam rumah keluarga itu yang menghadiri kenduri di Kemaman.

Terkejut dengan kejadian 7.30 malam itu, Khairul Anuar Ghazali, 31, bergegas pulang selepas dimaklumkan oleh jiran di sini.

“Dia turut memecahkan cermin lori dan kereta yang diletak dalam kawasan rumah,” katanya, yang membuat laporan polis pada 9 malam, lapor BH.

“Kami sekeluarga tidak kenal lelaki itu. Saya amat terkejut apabila mendapati lori saya dan kereta biras turut dirosakkan.”

Ketua polis Dungun berkata pihaknya berjaya menahan suspek lelaki, yang positif ganja, dan sedang menyiasat motif lelaki itu.

Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata suspek, seorang penghantar kelapa dari Kuantan, gagal mencari lokasi penghantaran.

“Mungkin berang tidak menemui lokasi sepatutnya, suspek yang berada di bawah pengaruh dadah mengamuk di rumah mangsa,” katanya.

Siasatan awal mendapati suspek ada beberapa rekod berkaitan dadah. Kes terbaru disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.