UMNO Selangor Perlu Pendekatan Berbeza Untuk Tawan Semula – Ahmad Maslan

Kuala Lumpur – Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata Umno Selangor memerlukan pendekatan berbeza untuk tiga kelompok rakyat negeri ini bagi menawannya semula.

Beliau berkata kelompok yang dimaksudkan ialah pengundi bandar, separuh bandar dan luar bandar.

“Umno Selangor tidak boleh beri penerangan serupa kepada semua pengundi kerana ia merupakan tiga kelompok berbeza termasuk cara hidup dan serta kemudahan yang dinikmati,” kata Timbalan Menteri Kewangan itu pada sidang akhbar selepas melancarkan Hari Inovasi Lembaga Hasil Dalam Negeri di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno Selangor perlu berani mengatur strategi baharu dan membuat perubahan minda jika mahu menawan semula negeri ini.

Presiden Umno itu turut menggariskan tiga realiti yang perlu diterima Umno Selangor iaitu kedudukan Umno sebagai pembangkang di Selangor dan kedudukan strategik Selangor sebagai pusat sosioekonomi yang rancak serta hakikat bahawa ia perlu berusaha menawan sokongan pengundi bandar serta separuh bandar.

Perdana Menteri turut menegur jentera Umno Selangor yang disifatkannya masih lembab dan mahu Badan Perhubungan Umno Selangor meningkatkan usaha mereka dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ahmad berkata teguran Presiden Umno itu bukan sahaja khusus untuk Umno Selangor, tetapi juga perlu diberi perhatian oleh Umno bahagian lain.

Katanya antara fokus yang perlu diberi perhatian Umno Selangor ialah bantuan diberikan kerajaan Pusat kepada rakyat dalam memastikan tiada sesiapa yang terpinggir atau tercicir selain menggariskan kelemahan yang dilihat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!