Siasatan Tapak Nahas MH17 Diteruskan – Najib Razak

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi bahawa siasatan di tapak nahas MH17 mesti diteruskan walaupun situasi geo politik di daratan berterusan.

“Saya mengulangi komitmen Malaysia kepada keluarga penumpang dan kru MH17 dan hakikat bahawa keadilan mesti dilaksanakan untuk menghukum penjenayah yang melakukan perbuatan kejam ini,” kata beliau menerusi catatan laman Facebook, Isnin.

Pada Ahad, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dengan sebulat suara menerima resolusi mengutuk insiden penembakan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 di timur Ukraine.

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 kru, terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai.

Pesawat malang itu ditembak jatuh semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.