Saya Tidak kenal Feakah – Azmin

Shah Alam –  Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan beliau mengenali Feakah ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin pada Ahad.

“Saya tidak kenal dia (Faekah)”. Demikian jawapan ringkas

Azmin bertindak beredar sejurus selepas menjawab beberapa pertanyaan media mengenai Pelan Tindakan Denggi Negeri Selangor 2014 dan Program Gotong-Royong Mega 2014: Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor yang dihadirinya.

Sebelum ini, Faekah dan Azmin sering mengecam antara satu sama lain. Mereka berdua dikatakan tidak ‘sebulu’ kerana Azmin mendakwa bahawa setiap keputusan yang ditentukan Abdul Khalid semasa menjadi menteri besar banyak dipengaruhi wanita terbabit.

Ahad lalu, Faekah membuat satu kenyataan meminta pemimpin PKR berhenti mengganggu bekas menteri besar, Khalid Ibrahim dari menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Faekah menyuarakan amaran itu berikutan kenyataan ahli PKR cabang Bandar Tun Razak mendesak Khalid melepaskan jawatan berkenaan.

“Saya menggesa pimpinan PKR di semua peringkat, khususnya di Bandar Tun Razak supaya menghentikan sikap rakus dan jahat mereka terhadap Khalid.

“Tidak cukupkah dengan tohmahan jahat selama ini, diikuti pula dengan pemecatan beliau dari parti hingga membawa kepada Khalid melepaskan jawatan MB Selangor?,” katanya.

Malah Faekah turut mengecam tindakan kerajaan Selangor pimpinan PKR  yang menghentikan peruntukan kawasan DUN Pelabuhan Klang dan memecat dua pegawai DUN yang masih mempunyai kontrak dengan kerajaan negeri.

Beliau berkata Abdul Khalid, yang juga ADUN Pelabuhan Klang dan Anggota Parlimen bagi kawasan Bandar Tun Razak itu, kini menjalankan aktiviti menerusi badan bukan kerajaan (NGO).

Khalid dipecat oleh PKR kerana dilihat membelakangkan parti dalam isu berkaitan kerajaan negeri terutamanya perjanjian penstrukturan air Selangor lalu digantikan dengan Azmin sebagai menteri besar Selangor yang baharu pada 23 September lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.