Nelayan Temui Mayat Wanita Tanpa Kepala Terapung Di Laut

Balik Pulau – Sekumpulan nelayan di Balik Pulau, Pulau Pinang terperanjat apabila ternampak mayat seorang wanita tanpa kepala terapung ketika sedang melakukan rutin harian menangkap ikan di perairan Pulau Kendi, tengahari tadi.

Mayat wanita yang berpakaian lengkap itu ditemui terapung kira-kira sembilan batu nautika ke Barat Daya Pulau Pinang.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Dua, Kapten Kamaruszaman Abu Hasan berkata, satu pasukan anggota APMM terus dikerah ke lokasi mayat itu ditemui sebaik menerima laporan dari kumpulan nelayan terbabit bagi menyelamatkan mayat mangsa.

Kamaruszaman menjelaskan pemeriksaan ke atas mayat mangsa tidak menemui sebarang dokumen pengenalan.

Mayat mangsa juga dipercayai sudah lama terapung di laut kerana pemeriksaan lanjut mendapati tangan dan kakinya sudah reput.

“Mayat berkenaan dibawa ke jeti Batu Maung sebelum diserahkan kepada polis.

“Kes berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” kata Kamaruszaman ketika dihubungi wakil The Rakyat Post di Pulau Pinang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.