Militan IS Didakwa Tawan Kawasan Minyak

Homs – Anggota kumpulan militan IS mendakwa menguasai kawasan minyak di wilayah Homs selepas bertempur dengan tentera kerajaan.

Ia menjadikan kawasan kedua yang ditawan dalam tempoh seminggu.

Menurut badan pemantau dikenali sebagai ‘site’, kumpulan itu memuat naik ke laman sosial sebanyak 18 gambar yang menunjukkan bendera IS terpacak di kawasan minyak Jahar, selain kenderaan dan senjata yang dirampas.

Laporan menyebut, IS merampas dua buah kereta kebal, tujuh kenderaan pacuan empat roda, dan sejumlah mesingan.

Kumpulan itu sebelum ini mendakwa menguasai kawasan minyak yang lebih besar di Sha’ar pada 30 Oktober lalu.

Dalam pada itu, serangan udara mensasarkan kedudukan IS yang diketuai Amerika Syarikat sejak September lalu, terus dipergiat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.