Kami Tunggu Beliau Kembali – Guan Eng

Petaling Jaya – DAP akan tetap berdiri bersama-sama dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang perbicaraan kes liwat yang sedang berlangsung dan akan terus berbuat demikian walaupun beliau didapati bersalah dan dipenjarakan, kata setiausaha agung parti, Lim Guan Eng.

“Ia bukan mudah bagi Anwar, tapi kami akan menunggu beliau kembali,” kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, pada majlis makan malam kutipan dana DAP malam Isnin.

Beliau juga menggesa Presiden Perkasa Ibrahim Ali didakwa di bawah Akta Hasutan kerana panggilan membakar Bible berbahasa Melayu.

“Saya ingin tegaskan pendirian parti bahawa tindakan perlu diambil terhadap Ibrahim Ali. Apa yang dikatakannya, mengancam keamanan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya,” katanya.

Guan Eng mengucapkan terima kasih terhadap sokongan yang ditunjukkan ribuan orang ramai pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ walaupun berdepan krisis menteri besar Selangor baru-baru ini.

“Kini ia telah diselesaikan dan kita mempunyai menteri besar yang disokong oleh ketiga-tiga parti,” katanya.

Guan Eng memuji Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berhubung keberaniannya dalam isu Bible.

“Saya ingin mengucapkan syabas kepada beliau atas keberaniannya berhubung kenyataan beliau baru-baru ini bahawa akan datang terdapat satu penyelesaian untuk isu Bible,” katanya.

“DAP akan memberikan sokongan penuh kami kepada Azmin Ali,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.