Kami Datang Kerana Percaya Saiful Tidak Bersalah

Purtajaya – Penyokong Saiful Bukhari Azlan sekali lagi menolak tuduhan mereka dibiayai pihak tertentu untuk hadir di sepanjang prosiding kes Liwat II.

Ketuanya, Mohammad Rashid Mokhtar ketika ditemui media berkata kesemua mereka hadir atas inisiatif sendiri yang percaya Saiful tidak bersalah.

“Maksud dibayar itu seperti kontrak, perjanjian antara dua pihak berasaskan wang ringgit.

“Kami di sini bukan berasaskan wang ringgit sebagai mengikat janji untuk sokong Saiful. Jika definisi kamu bahawa kami terima wang, saya hendak beritahu bahawa kami tidak terima wang.

“Ia diputar belit seperti kami tuntut RM20. Mereka memang bertujuan nak putar belit, bukan nak sampaikan yang benar,” katanya di luar perkarangan Mahkamah Persekutuan Putrajaya, petang tadi.

Kelihatan hampir 100 penyokong Saiful mengikuti prosiding hari keenam bekas pembantu peribadi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Mereka dilihat mula berkumpul sekitar jam 1 petang tadi.

Sebelum ini wujud beberapa tuduhan mereka dibayar oleh pihak tertentu sebagai menunjukkan sokongan kepada Saiful.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.