Dua Maut, Treler Terbabas Di Lebuhraya Elite

Subang Jaya – Sebuah lori treler yang membawa muatan pembetung terbabas dan terbalik di Kilometer 12 Lebuhraya Elite KLIA menghala ke Shah Alam dalam kejadian kira-kira jam 5.06 pagi tadi.

Pemandu dan kelindan lori terbabit dilaporkan maut dalam kejadian itu.

Sumber Bomba dan Penyelamat Subang Jaya ketika dihubungi berkata, pemandu lori itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Insiden itu hanya melibatkan sebuah kenderaan sahaja. Saksi yang melalui lebuhraya itu menghubungi pihak bomba.

“Jentera kami sampai ke tempat kejadian pada jam 5.12 pagi tadi,” katanya.

Menurutnya, mangsa pertama, Azmizan Hashim, 65, berjaya dikeluarkan pada jam 7.40 pagi dan mangsa kedua, Mohd Rizal Salleh, 26, berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian.

Operasi berkenaan melibatkan balai bomba Subang Jaya dan Shah Alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.