Dayang Berjaya Pikat 900 Penonton

Kuala Lumpur – Alunan suara gemersik penyanyi Dayang Nurfaizah berjaya memikat kira-kira 900 penonton yang hadir pada konsert Dayang Nurfaizah A Celebration of 15 Years In Music di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Menara Berkembar Petronas, di sini, pada malam Isnin.

Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 33, menyampaikan lebih 12 buah lagu popularnya sepanjang 15 tahun berada dalam industri muzik tanah air dalam 70 minit konsert berlangsung.

Dipimpin oleh pengarah muzik Jenny Chin, Dayang membuka tirai persembahan dengan lagu popularnya dalam album Dayang Sayang Kamu iaitu Erti Hidup dan diikuti nyanyian lagu Bahagia dan Rindu secara medley.

Melalui lagu Hakikat Cinta, Dayang memberitahu lagu tersebut didedikasikan kepada rakan media yang tidak pernah berhenti memberi liputan dan membantu kerjayanya selama 15 tahun ini.

“Lagu-lagu yang saya nyanyikan pada malam ini merupakan lagu-lagu yang mendapat permintaan tertinggi daripada peminat-peminat saya di Instagram.

“Sementara sebuah lagu Hakikat Cinta saya tujukan kepada rakan-rakan media yang tidak pernah jemu memberi liputan dan membantu kerjaya seni saya selama 15 tahun menjadi anak seni,” ujarnya.

Sementara itu, penyanyi berasal daripada Sarawak itu juga menyampaikan tiga buah lagu secara medley iaituDari Hati Ke Hati (Rafeah Buang), Kau Pergi Jua (Adam Ahmad), dan Kau Tinggi Di Awan Biru (Datuk Sharifah Aini) sebagai tribute kepada penyanyi kesayangannya yang sudah meninggal dunia.

Antara lagu yang disampaikan pada malam tersebut ialah Mana Mungkin, Perlukan Cinta, Sedingin Mana Cintamu, Dayang Sayang Kamu, Ingin Kumilik, Tiba-Tiba dan Di Pintu Syurga.

Pada selingan antara lagu-lagu yang disampaikan, Dayang turut berinteraksi dengan penonton dan mengajak penonton menari serta menyanyi bersama-sama dengannya.

Antara lagu yang disampaikan pada malam tersebut ialah Mana Mungkin, Perlukan Cinta, Sedingin Mana Cintamu, Dayang Sayang Kamu, Ingin Kumilik, Tiba-Tiba danDi Pintu Syurga.

Pada selingan antara lagu-lagu yang disampaikan, Dayang turut berinteraksi dengan penonton dan mengajak penonton menari serta menyanyi bersama-sama dengannya.

Melalui tiga buah lagu Inggeris iaitu Get Lucky, Love Never Felt So Good dan Happy membuatkan penonton bangun untuk menari bersama-sama.

Pada segmen penutup, Dayang tampil anggun dengan baju rekaan Rizalman Ibrahim menyampaikan lagu popular yang mengangkat namanya dalam industri seni tanah air iaitu Seandinya Masih Ada Cinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!