Hormati Peranan Masjid dan Surau, Tak Perlu Perlahankan Pembesar Suara – TMJ

JOHOR BAHRU – Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan peranan institusi masjid dan surau perlu dihormati oleh setiap lapisan masyarakat kerana Islam adalah agama rasmi negeri Johor.

Justeru itu, Tunku Ismail mengarahkan tiada keperluan untuk semua surau dan masjid di negeri ini memperlahankan pembesar suara.

Arahan tersebut dikeluarkan menerusi surat bertarikh 29 September dan disahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kelmarin.

Menerusi surat itu, Tunku Ismail berkata, masjid-masjid di seluruh negeri ini berperanan bagi melaksanakan program dakwah termasuk ceramah yang berperanan menyampaikan syiar Islam.

“Penggunaan pembesar suara juga digunakan untuk melaungkan azan sebagai memperingati umat Islam bahawa masuknya waktu solat di kawasan berhampiran.

“Penggunaan pembesar suara juga bagi menyampaikan tilawah al-Quran dan ceramah atau pengajian tertentu, maka penggunaan pembesar suara tidak perlu diperlahankan,” ujarnya.

Sebelum ini tular di media sosial satu surat dari sebuah pejabat kadi yang memohon agar sebuah masjid di daerah ini memperlahankan azan selepas seorang penduduk mengemukakan aduan lisan berhubung isu bunyi laungan azan yang didakwanya mengganggu.

Lain-lain berita;

Ada Juga Orang Melayu Islam Tergamak Minta Laungan Azan Diperlahankan

Jangan Taksub Artis, Akhirat Nanti Tak Ditanya Siapa Anggota BTS – Alif Satar

Kami Buat Manifesto Yang Sukar Dilaksanakan Kerana Ingat PH Akan Kalah – Dr Mahathir

Pelik! Dah Lebih RM16 Bilion Aset Dijual, Hutang Tak Turun Tapi Makin Meningkat

Kerap Jual Aset Negara, Tapi Mengapa Hutang Makin Bertambah?

Surat arahan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengarahkan supaya masjid dan surau tidak perlu memperlahankan pembesar suara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.