VIDEO: Terbelit Tali Punca 6 Penyelam Bomba Lemas

PUCHONG – Tanggal 3 Oktober 2018, satu tragedi menyayat hati berlaku apabila enam anggota bomba yang menyertai pasukan SAR dalam operasi mencari dan menyelamatkan seorang mangsa lemas berusia 17 tahun di lombong Taman Putra Perdana Berhampiran Perumahan La Cottage, Selangor berakhir dengan nahas.

Enam penyelam bomba yang terbabit dalam pencarian itu, lemas akibat terbelit tali di dasar.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada pusaran arus deras berpunca daripada hujan lebat yang mengalir ke kawasan tumpuan operasi yang sedang dijalankan oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Shah Alam itu.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, keenam-enam anggota berkenaan disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang berada di lokasi ketika operasi menyelamat diadakan.

“Ketika kejadian, keenam anggota penyelam berkenaan sudah lima minit berada dalam air bagi mengesan remaja yang hilang itu.

“Namun, secara tiba-tiba datang arus deras menyebabkan kesemua mangsa terbelit tali yang dipasang antara satu sama lain dan dipercayai menjadi punca peralatan menyelam dipakai tertanggal,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Abdul Aziz berkata, mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan masa sama keluarga mangsa turut dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Anggota bomba yang terkorban ketika bertugas itu terdiri daripada Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

2 thoughts on “VIDEO: Terbelit Tali Punca 6 Penyelam Bomba Lemas

  • October 4, 2018 at 10:13 am
    Permalink

    alfatihah buat wira2 yg terkorban untuk misi mencari budak lemas di lombong!! allah swt maha mengetahui …! mudah2an ditempatkan wira2 ini di kedudukan yg mulia lagi terpelihara..insyallah..amin alfatihah..

    Reply
  • October 5, 2018 at 6:46 pm
    Permalink

    sedih pilu atas apa yg berlaku!! namun allah swt jua yg maha mengetahui segala2nya.. insyallah wira2 yg terkorban diberi allah swt ganjaran yg tidak terperi tingginya…. marilah kita semua mendoakan agar mereka2 di ampuni segala dosa2 mereka juga dipermudahkan segala urusan.. pergilah dlm aman sejahtera di syurga allah… alfatihah..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.