Tindakan Terhadap Rosmah Bukan Dendam – Tun M

PUTRAJAYA: Penahanan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam adalah mengikut lunas undang-undang dan tiada kaitan dengan balas dendam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, tiada individu yang lebih tinggi daripada undang-undang dan tindakan akan diambil jika melanggarnya.

“Ia tiada kaitan langsung dengan balas dendam, undang-undang menyatakan sekiranya anda mengambil atau mencuri duit, anda akan didakwa di mahkamah.

“Sama ada mahkamah bersetuju atau tidak, itu perkara yang berasingan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pengurusan Bencana ke-3 di sini hari ini.

Semalam anak perempuan Rosmah, Nooryana Najwa, tidak dapat menahan kesedihan apabila ibunya ditahan SPRM.

Nooryana meluahkan apa yang terbuku di hatinya melalui satu paparan Instagram bersama sekeping gambar dengan ibunya.

Katanya, selepas apa yang berlaku terhadap bapanya, Datuk Seri Najib Razak, terlalu sedih untuk ditangisi dan terlalu geram untuk menjerit terhadap apa yang berlaku terhadap ibunya. – BERITA HARIAN

One thought on “Tindakan Terhadap Rosmah Bukan Dendam – Tun M

  • October 5, 2018 at 12:58 pm
    Permalink

    apa mangkuk ayun nk cakap..cakap lah!! salah songlap gubah wang haram tetap tangkap dakwa sabit jatuh hukuman seberat2nya tanpa pilih warna darjat bulu..!! undang is undang2 .. yg pastinya salah terbukti ..tangkap dakwa sumbat penjara!!!! langit tu tinggi….!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.