Sokong LGBT Adibah Noor Kena ‘Sekolah’ Dengan Netizen

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini viral sebuah video teguran kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) tersebar di media sosial yang dilakonkan oleh beberapa orang lelaki muda. 

Video 4:47 saat, bertajuk Islam Yahudi itu menerima pujian ramai netizen namun tidak bagi Adibah Noor yang menganggapnya sebagai sampah. 

Namun salah seorang pelakon dalam video itu yang dikenali sebagai Mr. Kokom menyelar Adibah yang baginya tidak menerima hukum Islam. 

“Saya jangkakan komen yang lebih berakal dan beragama dari seorang artis senior 

“Dalam hidup ni kita ada dua cermin. Cermin agama dan cermin dunia. Jangan cermin sangat dunia tu nanti kita kena telan bumi baru kita tahu nak menyesal tak sempat taubat.

“Ps: maaf kak dibah, u boleh kata saya bodoh dan saya tidak ambil peduli pun. Tapi sebagai muslim saya ambil peduli bila menghantar mesej tentang hukum itu bodoh,” katanya. 

Terdahulu Adibah menerusi Twitter berpendirian video itu sebagai bodoh dan sampah. 

Pelbagai respon yang diterimanya ekoran kata-katanya itu. -SuaraTv

One thought on “Sokong LGBT Adibah Noor Kena ‘Sekolah’ Dengan Netizen

  • October 4, 2018 at 9:35 pm
    Permalink

    hukum tuhan tetap muktamad wajib ..bukan hukuman manusia?? korang yg tk sekolah tu kena bezakan yg mana betul yg mana salah!!! usah lah kak diba layan kuno2 ni sbb bagilah diorang menang !!! sedar jauh sesesat3 nya…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.