Saya Masuk Politik Semata-Mata Mahu Jatuhkan Najib – Maszlee

GOMBAK – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengakui objektif utama pembabitan beliau dalam dunia politik adalah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, dia pada mulanya tidak mahu menjadi ahli politik namun memilih untuk berbuat demikian untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu.

“Pada awal pembabitan saya dalam politik, satu-satunya cita-cita saya adalah untuk menjatuhkan Najib,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada soalan salah seorang peserta yang juga pensyarah antarabangsa yang mahu melihat Maszlee menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

Terdahulu, Maszlee menyampaikan syarahan sulung pada program Presidential Talk di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini kelmarin.

Syarahan itu merupakan ucapan sulung Maszlee kepada hampir 1,000 warga UIAM selepas dilantik menjadi presiden universiti itu pada 5 September lalu.

Maszlee dilantik sebagai Presiden UIAM ketujuh selama tiga tahun selepas mendapat perkenan Sultan Pahang yang juga Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah.

Pelantikan itu bagi menggantikan tokoh sosiobudaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai lepas.

Bagaimanapun, pelantikan Maszlee mendapat bantahan sebahagian kumpulan mahasiswa kerana dikatakan melanggar janji Pakatan Harapan untuk membebaskan institusi pengajian tinggi daripada pengaruh politik. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.