PH Bukan Pakatan Politik Untuk Malaysia Yang Lebih Baik – Nik Abduh

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa langkah PH dalam PRU14 bukan untuk sebuah Malaysia Baru yang lebih baik.

Katanya, ia hanyalah operasi untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Semuanya hanya ops (operasi). Langkah Kajang adalah untuk jadi menteri besar, Langkah Permatang Pauh untuk menjadi ahli Parlimen, Langkah Port Dickson untuk menjadi perdana menteri dan langkah paling besar adalah PH.

“Ia nampaknya bukanlah sebuah pakatan politik untuk sebuah Malaysia Baru yang lebih baik. Ia hanyalah Ops PH untuk jatuhkan Najib,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Nik Mohamad Abduh turut mendakwa, hasrat PH untuk membangunkan negara dilihat masih jauh.

“Nafsu makin besar, mulut pun besar. Harapan mengecil, janji menjauh, perang mendekati dan retak menanti belah,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.