Nurul Izzah Berlari, Mencari Anwar Di Pantai

PORT DICKSON: Nurul Izzah Anwar menggunakan media sosial untuk mengusik bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi parodi ‘berlari-lari anak di tepian pantai’.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, dalam laman Instagram rasminya, memuat naik sekeping gambarnya dalam keadaan berjogging di tepi pantai bersama seorang perempuan, dengan memakai baju kurung dan berkaca mata hitam.

Aksi itu dipercayai sengaja meniru gambar bapanya yang juga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, kelmarin.

Nurul Izzah turut menulis catatan ringkas: “Kami bergegas ke pantai, cuba mengesan calon #1. Papa, di mana gerangan? Lepas berlari-lari anak di tepian pantai, jangan lupa keluar mengundi.”

Setakat jam 7.30 malam tadi, gambar itu menerima lebih 25,000 ‘like’.

Kelmarin, Anwar memuat naik gambar memaparkannya berjogging di tepi pantai, sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kesihatan dan stamina di sebalik kesibukan berkempen. – BERITA HARIAN

One thought on “Nurul Izzah Berlari, Mencari Anwar Di Pantai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.