Netizen Kecam Lelaki Hina Kematian Enam Anggota Bomba

KUALA LUMPUR – Tindakan tidak sensitif seorang lelaki menghina kematian enam anggota Bomba dan Penyelamat mengundang kemarahan ramai pengguna media sosial.

“Apalah bodoh sangat nak cari seorang enam mati, kalau tak cukup ilmu jangan jadi penyelamat,” kata Syahrom Caom merujuk kepada insiden malam tadi yang menyaksikan enam anggota bomba mati lemas ketika cuba mencari seorang mangsa lain.

Setelah menyedari dirinya dikecam netizen, Syahrom bertindak memadamkan status tersebut dan memuat naik status baru memohon maaf atas keterlanjurannya.

“Kepada semua rakyat Malaysia…sy Syahrom Caom mohon maaf atas kenyataan yg telah sy keluarkan yg mungkin tidak menyenangkan hati semua pihak,” katanya.

Permohonan maaf itu bagaimana pun tidak diendahkan netizen yang dilihat sukar menerima kenyataan awalnya yang menghina anggota bomba yang terkorban.

“Jibake ko….. Senang2 ko nak minta maaf… Bodoh punya org,” komen Suma Ke Anis Suma.

“Cuba bangang nya jgn diabiskan..simpan2 buat bekalan hari tua nnt,” kata Samsir Sulam.

“Jika kita belajar qada dan qadar…kita xkan berkata begitu…kuasa Allah melebihi segalanya…xngaji mmg otak ceroiii,” kata Nur Hana Awie meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Sehingga berita ini ditulis, tinjauan SuaraTV mendapati ribuan komen luahan marah netizen masih tidak henti-henti membanjiri laman Facebook lelaki berkenaan.

Dalam kejadian malam tadi, keenam-enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Shah Alam itu terbelit pada tali yang dipasang pada badan masing-masing selepas dilanda arus deras yang datang tiba-tiba.

“Ketika kejadian, keenam anggota penyelam berkenaan sudah lima minit berada dalam air bagi mengesan remaja yang hilang itu.

“Namun, secara tiba-tiba datang arus deras menyebabkan kesemua mangsa terbelit tali yang dipasang antara satu sama lain dan dipercayai menjadi punca peralatan menyelam dipakai tertanggal,” kata Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.