Mayat Remaja Lemas Di Lombong Ditemui

SHAH ALAM – Mayat remaja lelaki yang lemas di lombong Taman Putra Perdana  petang semalam berjaya ditemui kira-kira jam 6 petang tadi.

Mangsa, Mohd Ilham Fahmy, 17, ditemui beberapa meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh semalam.

Terdahulu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana itu dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah lombong di Taman Putra Perdana.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor,  Penguasa Kanan Bomba I Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya tiba di lokasi berkenaan pada jam 5.50 petang selepas menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

Susulan kejadian, seramai enam anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut lemas ketika terlibat dalam dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa, malam semalam.

Anggota terbabit, Mohd Fatah Hashim, 34; Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32 ; Mazlan Omar Baki, 25 dan Yahya Ali, 24 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.