“Kalau Bukan Balas Dendam, Adakah Ia Dipanggil Balasan Setimpal?”

SHAH ALAM – Penjelasan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pendakwaan ke atas Datin Seri Rosmah Mansor adalah mengikut lunas undang-undang dan tiada kaitan dengan balas dendam, dilihat seperti ‘cakap tidak serupa bikin’.

Seorang penganalisa politik, Ab Jalil Backer berkata, Mahathir dahulu pernah 

berkata bahawa rakan-rakan beliau pernah dianiaya kerajaan menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Malah sebaik berkuasa, diumumkan untuk bayar semula denda-denda mereka.

“Hari ini kerajaan beliau mengenakan pendakwaan membabitkan LHDN ke atas seteru politiknya. 

“Jika ia bukan balas dendam mungkin boleh dipanggil balasan setimpal? 

“Beliau boleh menafikan apa sahaja, namun bukan bermakna kita perlu percaya penafian beliau,” tulisnya dalam satu posting di laman sosial Facebook hari ini.

Sementara itu seorang lagi penganalisa politik, Kang Nasir juga menyindir Mahathir kononnya tidak ada kena mengena dengan pendakwaan yang dikenakan ke atas Rosmah.

Rosmah ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 3.20 petang semalam selepas lima jam memberi keterangan.

Pagi tadi, beliau dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk didakwa atas 12 pertuduhan membabitkan diri dengan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta dan lima pertuduhan gagal mengemukakan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rosmah bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas 17 pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dan minta dibicarakan.

Mahathir yang mengulas mengenai penahanan Rosmah semalam berkata tindakan tersebut adalah mengikut lunas undang-undang dan tiada kaitan dengan balas dendam.

“Ia tiada kaitan langsung dengan balas dendam, undang-undang menyatakan sekiranya anda mengambil atau mencuri duit, anda akan didakwa di mahkamah,” demikian jelas beliau. -SuaraTv 

One thought on ““Kalau Bukan Balas Dendam, Adakah Ia Dipanggil Balasan Setimpal?”

  • October 4, 2018 at 7:07 pm
    Permalink

    busybody2 kt luar usah kepuh2.. salah dakwa hukum tu jer!! kalau kau simpati mintalah masuk sekali? jgn takbur bodoh sombong bongkak tu sudah2… salah dakwa hukuman ikut mahkamah!! apa kau ingat besar sgt ke pangkat najib?? nk nangis sedih nangis lah sapa marah? salah tetap salah undang2 ada ??? ada rasa kasihan mintalah bilik lebih pd sapa2 yg simpati sgt2…tu!! bodoh bangang sgt?? takbur bongkak… allah swt maha berkuasa tk leh tepis..elak ..sorok..!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.