Jenazah Izatul Ikma Selamat Dikebumikan

RANTAU PANJANG: Seramai 500 ahli keluarga termasuk rakan sekerja dan penduduk kampung menghadiri pengebumian Izatul Akma Wan Ibrahim, di Tamah Lubuk Stol di sini, hari ini.

Allahyarham yang berusia 32 tahun selamat dikebumikan pada jam 7 malam ini selepas solat jenazahnya diimamkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob.

Jenazah Izatul Akma tiba di kediamannya di Kampung Bechah Kaki di sini, pada jam 6 petang dengan diiringi anggota bomba dari Balai Bomba Shah Alam.

Isterinya, Rosmaria Ab Ramli, 32, berkata beliau reda dengan pemergian suami tercinta walaupun masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku.

“Saya mendapat khabar pemergian suami selepas menerima kunjungan beberapa anggota bomba ke rumah malam tadi.

“Sebagai isteri anggota bomba, saya sentiasa diingatkan untuk menerima sebarang kemungkinan yang boleh berlaku. Saya bangga dengan pengorbanan suami.

“Anak kami seramai tiga orang berusia dua tahun hingga tujuh tahun akan saya besarkan sebaik mungkin,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam semalam, enam anggota PPDA itu dipercayai terbelit dengan tali antara satu sama lain selepas arus di lokasi pencarian terlalu kuat sehingga mereka gagal menyelamatkan diri.

Selain Izatul Akma, lima lagi yang maut ialah Mohd Fatah Hashim, 34; Mazlan Omar Baki, 25, dan Yahya Ali, 24 dari PPDA Pelabuhan Klang serta Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, dan Adnan Othman, 33, dari PPDA Shah Alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.