Ahmad Zahid Terima Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia, Andrew Goledzinowski di ibu pejabat parti itu di Menara Dato’ Onn hari ini.

Turut bersama ialah Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Australia, Jane Barrlett dan Setiausaha Kedua, Elizabeth Le Bas.

Ini adalah kunjungan hormat kedua dibuat oleh perwakilan asing di Malaysia ke atas beliau, selepas perwakilan Britain semalam.

Dalam pertemuan hari ini, mereka bertukar pendapat mengenai suasana politik semasa serta kerjasama erat di antara Umno dan Australia .- UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.