6 Anggota Bomba Maut Ketika Bertugas

SHAH ALAM – Enam anggota bomba maut ketika cuba menyelamatkan seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong  berhampiran Taman Putra Perdana, Cyberjaya sebentar tadi.

Kesemua mangsa yang merupakan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) itu dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa.

Keenam-enam anggota bomba terbabit berjaya dinaikkan ke darat dan pasukan perubatan yang berada di lokasi cuba memberi bantuan menyelamat tetapi gagal.

Empat anggota yang disahkan meninggal dunia adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang manakala dua lagi dari BBP Shah Alam.

Sehingga kini dilaporkan lelaki berusia 17 tahun yang terjatuh masih belum ditemui. – SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.