1MDB tidak disebut dalam pertuduhan Rosmah

KUALA LUMPUR – Kertas pertuduhan yang dibacakan kepada Datin Seri Rosmah Mansor hari ini sama sekali tidak menyebut 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Justeru menurut peguam pembelanya, Datuk K. Kumaraendran, andaian orang ramai mengaitkannya dengan 1MDB sebelum ini adalah meleset.

“Terlalu banyak yang disebutkan tentang AMLA dan 1MDB tapi dalam kertas pertuduhan tudak menyebut tentang 1MDB,” katanya.

Dalam pada itu seorang lagi peguam mewakili Rosmah iaitu   Datuk Geethan Ram Vincent berkata dakwaan pendakwa raya bahawaisteri bekas Perdana Menteri itu menganggu saksi tidak berasas. 

“Laporan polis yang dikatakan wujud hari ini mendakwa Datin Rosmah mengganggu saksi adalah tidak berasas, kerana dia tidak pernah dipanggil memberi keterangan dan diberi ruang memberi penjelasan,” katanya. 

Semalam Rosmah ditahan semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberi keterangan kali ketiga sekitar 2:30 petang dan terus di bawah ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi untuk pendakwaan.

Hakim Azura Alwi selain mengarahkan agar pasport antarabangsa Rosmah diserah kepada pihak mahkamah turut  tidak membenarkannya untuk mengganggu saksi-saksi.    

Beliau terdahulu berhadapan 17 pertuduhan dan dibenar ikat jamin RM2 juta daripada jumlah asal RM10 juta yang diminta pendakwa raya. 

Walaubagaimanapun Rosmah mengaku tidak bersalah dibenarkan untuk membayar jaminan sebanyak RM500,000 pada hari ini manakala selebihnya perlu dibayar sehingga atau pada 11 Oktober atau Khamis depan.  -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.